welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Sabtu, 13 November 2010

PETUA MENCARI PASANGAN...HEHE

Petua 1:
Semua org ada jodoh ataupun pasangan yang menanti & biasanya ia berada tidak jauh dari anda.Jarang org bertemu dgn jodoh yang berada jauh darinya... [ hmm, betul tu...so, perhatikanlah kawan kawan di sekeliling anda..mungkin salah sorg drpd diorg jodoh korang..hihi]


Petua 2:
Jodoh itu ketentuan Tuhan & kita wajib berusaha.Doa, usaha yg betul2 & bersungguh berserta tawakal, dengan izin Tuhan akan menemukan anda dengan pasangan anda... [hmm..jodoh tak datang bergolek, so...kite kena jugak berusaha mendapatkannya..]

Petua 3:

Ramai orang yg masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh...Insyaallah

Petua 4:

Seimbangkan hidup anda dengan sempurna supaya diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda. [hmm...betul gak nih...kalo dua2 kutub utara,mana ada magnet..huhu]

Petua 5:

Daya tarikan yg sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua org di dunia ini.

Petua 6:

Supaya mudah disayangi. cuci hati dengan ibadah, solat taubat, beristighfar.baca Quran,memaafkan org lain, meminta maaf, bersedekah & berfikiran positif.

Petua 7:

Sayangi semua org di sekeliling anda supaya mereka juga menyayangi anda.Sekiranya anda membenci org, ditakuti bakal pasangan membenci anda.

Petua 8:

Org yang sedang mencari pasangan mesti sentiasa bersedia utk bertemu dgn pasangannya pada bila-bila masa.Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yg paling menarik.

Petua 9:
Bagi lelaki, tarikan pertama adalah pakaiannya. Bagi perempuan, wajah & btk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri utk menawan bakal pasangan anda.

Petua 10:

Buka hati & minda anda utk menerima cinta.Cinta boleh berputik pada bila-bila masa.Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia utk menerima cinta.

Petua 11:

Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dgn penuh kasih sayang.

Petua 12:

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran.Hantarkanlah kasih sayang & hasrat murni anda terhadap pasangan dgn gelombang fikiran ini...[fuiyoo. dashyat tu...teknik telepati..]

Petua 13:

Ramai yg terlepas peluang & patah hati sbb lewat menyatakan hasrat kpd bakal pasangan.Perkara yg baik patut disegerakan.

Petua 14:

Tidak salah utk org perempuan memulakan perkenalan.Org lelaki sentiasa merasakan mereka yg memulakan perkenalan walaupun sebenarnya org perempuan yg mulakan dahulu

Petua 15:

Berkomunikasi dengan mesra & bersemangat dgn menggunakan lidah,mata, hati dan bahasa badan (body language). Elakkan berckp sambil lewa ataupun kurang sopan

Petua 16:

Berbual dgn pasangan.Tahu apa yang dia suka. Beri tumpuan kpd minat & perasaannya.Elakkan sibuk memberi tumpuan kpd diri sendiri..

Petua 17:

Layan bakal pasangan dgn mesra spt kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dgn segera supaya bakal pasangan rasa selesa..

Petua 18:

Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yg munasabah kpd bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinyakpd kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan