welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Jumaat, 12 November 2010

WAHAI TUHAN KAMI...


Iblis bersumpah: "Rabbi dengan sebab Engkau telah menyesatkanku pastilah aku akan hiasi manusia (dengan kemaksiatan) di bumi ini dan aku akan sesatkan mereka semua kecuali sebagian hamba Engkau yang ikhlas"

(QS. Al-Hijr, 15:39-40)

Tahu tak tentang sumpah Iblis (makhluk yang terkutuk) ini??? Hurm...mesti tahu bukan? Tahu, tapi still terlupe dan terleka. Mengapa ye?? Kita tahu Iblis dan kuncu-kuncunya nak menyesatkan anak-anak Adam, kita tahu Iblis tu jahat,kufur,derhaka pada Allah,tak mahu tunduk pada Adam dan mcm2 lg lah yang jahat. Tapi ade jugak la org yang masih suka tiru perangai Iblis dan syaitan ni...nau'zubillah...

Hurm...manusia yang suke ikut perangai Iblis dan syaitan ni adalah manusia yang jiwanya kosong dan jauh dari mengingati Allah. Kenapa manusia boleh jauh dari Allah ye??? ermmm...sebabnya manusia yang macam itu adalah manusia yang jiwanya sangat cintakan dunia sering mengabaikan tanggugjawab sebagai seorang hamba. Cinta dunia tu contohnya berkerja cari duit siang dan malam sampai terlupa nak solat dan beribadat. Lagi mereka yang cintakan dunia ni juga suke pada perkara-perkara hiburan dan bersuka ria. Tak salah nak bersuka ria tapi ada caranya yang Islam tetapkan. Contohnya mengembirakan hati dengan membaca al-Quran,berzikir, melakukan kebajikan dan banyak lagi. Seperti dalam firman Allah ni:

“Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati

manusia.”

(Surah al-Ra’du: 28)


Bila manusia ni dah jauh dari Allah, maka mudahlah syaitan menghasut. Itulah sebabnya Allah bekalkan manusia dengan al-Quran supaya jadi pedoman hidup. Tapi manusia ni ego, belagak, sombong bodoh...huh... dah Allah bagi kitab pedoman pon tak nak ikut. Maka sesatlah manusia macam sekarang, gejala sosial meningkat, rasuah berleluasa, jenayah curi, bunuh dan...dan.....adohai penat kot nak sebut, berlambak-lambak. Kita lupa pesan nabi kita sewaktu menyampaikan khutbahnya yang terakhir:

"Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU."

Hurm...entah la pe nk jadi dengan umat Islam sekarang ni. Bukan lah nak kata aku ni baik tak pernah buat dosa, tapi cuma nak menyatakan kerisauan di hati ni. Ye r kan, aku ni pun masih remaja dan masih mencari-cari siapa aku, dan siapa Tuhanku... Diri ni masih meraba-raba dalam gelita. Mencari kemanisan iman  dari Allah. Adakah aku sempat untuk menerimanya? Aku takut...aku takut jika aku tewas di pentas dunia ini. Kerana sekarang ini di sekelilingku penuh dengan kekejian dan kekotoran serta kejahatan, hingga nak cari yang bersih, suci dan baik pun susah. Macam mana ni?? Sapa nak tolong aku?? sape??!!!

Ya Allah hanya pada-Mu aku memohon perlindungan. Engkau selamatkanlah diriku,keluargaku,anak-anak dan seluruh keturunanku dari api neraka. Selamatkan lah kami dari fitnah dunia, tetapkanlah iman kami supaya kami menjadi hamba-Mu yang soleh dan sanggup berjuang membela agama-Mu. Izinkan kami kami syahid di jalan-Mu. Matikanlah kami dalam iman...ya Allah....terimalah doa hamba-Mu yang hina ini...amin ya rabbal a'lamin....



"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami."

"Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami."

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin." Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan