welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Sabtu, 24 November 2012

"AKU AMANAHMU"

Hati terpanggil untuk menceritakan ini. Biar ia menjadi suatu yang selalu diingati buat semua. Cerita hati bukan mahu sesiapa bersimpati atau merasai kesedihan, tetapi cerita hati ini mahukan agar sesiapa yang membaca berfikir dan tersedar pentinganya lelaki atau suami menghargai wanita atau isteri. Tidak terniat mahu mengecilkan hati sesiapa terutama lelaki. Tetapi ini adalah merupakan cerita hati daripada wanita-wanita yang teranaya di luar sana. Diri sekadar penyampai bagi mewakili tangisan hati mereka. Mungkin ceritanya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Tapi diharap sedikit sebanyak mampu memberi gambaran kepada para pembaca.


Amanah...itulah yang wajib dipikul bagi seorang lelaki yang bergelar suami. Siapa amanahnya??? Dia adalah isteri. Begitu juga si isteri, dia perlu juga melaksanakan amanah iaitu tugasnya kepada suaminya. Perlu sama-sama menjaga tugas dan amanah yang Allah beri jika tidak mahu dipersoal di akhirat nanti. Tetapi cerita hatiku di sini sebagai mewakili wanita atau isteri. Apabila terungkapnya kalimah cinta,terungakai kalimah yang mengikatkan dua jiwa,maka terjalinlah satu ikatan yang sah bergelarlah suami dan isteri. Bila begitu ikhlaskan hati menerimanya dengan seadanya. Biar apapun terjadi, ikatan cinta tersemat kukuh dan abadi. Bagaimana? Bagaimana mahu kekalkan cinta itu? Mudah....hanya niat yang tulus dan ikhlas dari permulaannya.

Janganlah pada permulaannya hati cinta kerana rupa, cinta kerana harta, cinta kerana pangkat atau cinta kerana terpaksa. Pasti cinta itu sengsara. Cinta dunia itu nafsu. Habis semua tiada lagi cinta. Adakah itu yang kita mahu?? Tidak!!!Tidak!!! dan Tidak!!! Semua orang tak mahu. Biarlah cinta kita hingga ke syurga. Kekal baut selamanya. Maka begitulah alkisahnya buat mereka yang mengharapkan cinta yang abadi.


Tetapi, menjadi isu di abad ini...bila isteri ramai diperdaya oleh buaya darat! Marah bunyinya....Tetapi itulah hakikatnya bila menyelami hati isteri yang terkecewa. Senang memperbodohkan isteri... mentang-mentang dia tak sekolah tinggi. Senang-senang kata tak ada duit pada isteri sedang suami berjoli sana-sini. Mentang-mentang isteri hanya sebagai suri rumah, buat dia macam orang gaji. Isteri baju buruk, busuk tahu pulak nak keji sedang dia tak penah nak peduli isteri apa lagi nak belikan minyak wangi... Boleh pula cari ganti, cari yang seksi. Malah isteri dicaci dikatakan penyusah, asyik menghabiskan duit...bukan nak bantu cari duit... Itulah hakikat yang berlaku. Delima isteri, andai diceraikan tiada lagi tempat bergantung. Dengan terpaksa merelakan suami menganiyayainya. Bukan bodoh tetapi terpaksa kerana memikirkan anak-anak. Andai ditinggalkan pada siapa dia mahu bergantung...



Kenapa???kanapa jadi begini?? Mengapa perlu ditindas kaum yang lemah ini?? Bukankah mereka yang perlu dibela,dijaga dan disayangi??? Apa salahnya.... layan isteri dengan baik. Menghargainya dan menyayanginya. Berilah secukupnya yang termampu. Hakikatnya bukan wang engkau yang dia kejarkan, tetapi kasih sayang dan penghargaan yang dia perlukan. Dia sanggup hidup susah bersamamu, janji cintamu tetap bersama mekar di dalam hatinya.  Sedarlah... itu adalah amanahmu.. Biar seberat manapun engkau pikul menjadi pahala pada setiap keringatmu. Jangan dikesali, jangan mengeluh dan jangan engaku anggap dia sebagai bebanmu, kerana dia adalah amanahmu, bakal penentu syurgamu.... Fikirkanlah....Allahua'lam....


Jumaat, 23 November 2012

KUAT!!! KUAT!!! KUAT!!!

Sukar untuk menerima kekecewaan. Tetapi itulah hakikat yang terpaksa dilalui. Sering kali teringat dan menangis sendiri. Saat ini kita merasakan tiada siapa pun yang akan memahami perasaan ini. Hanya mendiamkan diri, enggan bercakap dan berjumpa dengan sesiapa. Dua,tiga hari, hingga berminggu lamanya berkeadaan begini. Inilah hakikat bila kecewa. Tidak kiralah apapun kekecewaan yang dihadapi, putus cinta, kecil hati atau tidak dapat apa yang sangat diinginkan. Mungkin itu harapan kita. Meletakkan ia pada tahap yang terlalu tinggi dan akhirnya tidak kesampaian. Terasa dunia ini tidak bermakna lagi. Hidup macam tidak dapat diteruskan lagi. Sangat perit,sangat parah dan sangat berdarah. 


     Tetapi perlukan terus rasa begini? Perlukan hidup ini terhenti di sini? Perlukah berputus asa dengan nikmat Allah yang masih ada diberi pada kita. Duhai hati yang kecewa dan sengsara...bersabarlah...jangan mengalah...kuatkan semangat...kuat!!!kuat!!!kuat!!! Jangan menangis lagi...jangan kecewa lagi... Jangan dan jangan terus menghukum diri dengan hal yang begini. Bangkit dan bangkit...teruskan perjalanan yang masih lagi berbaki. Tinggalkan yang silam, pergilah melangkah dengan lebih jauh lagi. Yakin boleh...pasti boleh. Jangan mengalah dan kalah... Kita masih ada Allah yang menolong kita. Berusaha,berdoa dan bertawakallah pada-Nya. Dia pasti memakbulkannya. Jika bukan hari ini,esok. Jika bukan esok, lusa dan seterusnya. Cepat dan lambat sahaja. Yang pasti kita mestilah bersabar. Mungkin Allah tidak izinkan kita mendapatkan yang ini kerana Dia ingin memberi pada kita sesuatu  yang lebih baik daripada yang itu. Ada hikmahnya. 

       
       Janganlah berduka lagi. Hati...bertenanglah. Dekatkan diri pada Allah... Mungkin hati kita jauh dari Allah dan ketenangan telah hilang. Baliklah menuju kepada-Nya. Allah sentiasa menerima kita.... Janganlah bersedih lagi... Kesatlah air mata itu,jangan dibazirkan lagi. Biarlah kita menangis dihamparan-Nya mengharap pengampunan dari-Nya. Mengharap pertolongan dari-Nya. Yakinlah...selagi mana kita bergantung harap pada Allah, jalan kita akan dipermudahkan. Berusahalah...jangan jemu... Carilah teruslah mencari apa yang kita mahu... Berusahalah mencari pelengkap hidup di dunia ini. Moga pencarian itu bakal membahagiakan hidup kita di dunia dan di akhirat nanti...amin....

p/s: khas buat hati yang terkecewa...termasuk diri sendiri juga...huhu....



Khamis, 12 Julai 2012

12 JULAI

Mohamad Razif & Noor Hajar

"Tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Kurnia Illahi mempersatukan dua hati
Ku rasa yang kau rasa kerana hati bicara"


Buat kekasih hati yang dirinduai selalu... terima kasih kerana mengingatkan saya hari ini 12 julai 2012 genap setahun usia perkenalan kita. Terima kasih hingga saat ini dirimu masih menyayangiku. Walaupun kita berjauhan hati kita tetap bersatu. Jarak bukanlah pemisah dalam hubungan kita. 



Terkenang di awal pertemuan kita dahulu, sungguh tidak disangka ikatan sebagai seorang rakan kini berubah menjadi kekasih. Kita kini masih lagi saling mengenali. Selama setahun ini, hati ini sangat senang bersamamu. Dirimu tidak jemu mengembirakan hatiku. Air mata kegembiraan sentiasa mengalir bila hati ini merindumu.Terima kasih abang... Pinta dan janjiku agar diriku menjadi sebahagian hidupmu...ku ingin selalu bahagia disampingmu dan  ingin membahagiakan hidupmu. Dan kini, kita masih menunggu bilakah waktu kita bersatu. Penantianku penuh kesabaran. Titipan doa selaluku pohon, agar segala impian kita untuk hidup bersama akan tercapai dan moga Allah permudahkan segala urusan kita.
Alhamdulillah syukurku panjatkan atas kurniaan ini. Moga hubungan cinta, kasih dan sayang kita kekal hingga ke syurga... Amin ya Rab.... =')










Isnin, 7 Mei 2012

YA ALLAH AKU RINDUKANNYA...


Mungkin tidak terucap oleh kata-kata tentang hati ini. Biarlah Allah sahaja yang mengetahui tentang apa yang ada di dalam hati kecilku. Menempuh hari-hari yang bagaikan tidak terasa. Terawang-awang tidak ada haluan. Mungkin hati ini tidak bersama jasad. Hilang dibawa pergi oleh insan yang tersayang dan selalu ku rindu. Ku masih lagi mampu sedar untuk meneruskan hari-hariku di sini.Mengharapkan masa ini cepat berlalu pergi. Menanti kepulangannya di sisiku. Janjiku padanya agar terus setia menanti, setia mencintai dan menyayanginya hingga hujung nyawaku. Doaku semoga Allah tetapakn hati kami agar kekal bersatu dan redhailah kami. Ya Allah satukanlah kami agar hati kami tenang dan damai. Harapan kami untuk hidup bersama. Janganlah Kau pisahkan kami kerana kami tidak mungkin dapat menghadapinya.  
Coretan hati ini ku tujukan kepada dia insan yang sentiasa ku rindu walaupun jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati. InsyaAllah dialah suamiku kelak. Moga dirimu selamat sejahtera di sana. Ya Allah...jagakan dia untuk saya. Berilah keselamatan, kesihatan, kekuatan,ketabahan, kejayaan padanya. Kuatkanlah imannya agar hatinya tetap berada dijalan-Mu... Samapaikanlah rindu ini padanya,agar dia juga mengerti dan juga merindu ku. Amin... =')



" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..


✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..


p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"


Selasa, 20 Mac 2012

ANDAI ADA YANG INGIN MENGERTI TENTANG HATI INI



Sukar untuk menterjemahkan tentang apa yang dirasa
Sukar juga memberi penjelasan dengan apa yang tersirat di dalam hati ini
Tapi andai ingin mengerti
diri ini akan menjadi seperti perasaan sendiri
Andai ada yang ingin mengerti
pasti hatinya juga sama apa yang hati ini rasa
Tidak perlu untuk mendengar kata-kata
tapi hanya merasa dengan hati
Perasaan yang sama lebih mudah untuk mengerti
Bila Allah menganugerahkan sekeping hati ini adalah untuk saling memahami
bukan untuk disakiti
Andai ada dua hati, yang mempunyai suara dan luahan yang sama, maka lebih mudah ia bersatu
Adanya dua hati yang bersatu kerana bersamanya cinta
Cinta di dalam hati anugerah Yang Esa
cinta dan hati yang suci adalah kerana-Nya
Di dalam hati ada cinta, dalam cinta adanya harapan, dalam harapan adanya kehidupan dan kebahagiaan
Meletakkan cinta, harapan dan kebahagiaan kepada Allah,
Kerana-Nya hati ini mencintai dirinya
Kerana-Nya harapan ini bersama dirinya
Kerana-Nya bahagia ini  ku kongsi dengan dirinya
Itulah hati, mengaharap agar dirinya mengerti
Itulah  dua hati, bahagia dan kuat bila bersatu
Hati tidak akan  sunyi dan sepi bersama Yang Maha Mengasihi