welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Isnin, 28 Mac 2011

SETIAP SAAT BERSAMAMU

Fikiran ini serabut
Jiwa ini seakan menangis
Badan terasa lesu tak bermaya
Langkahku hanyut
Rentak kaki yang menapak di bumi Tuhan
tidak lagi mengikut rentak
Seakan pincang jalan orang yang kudung kakinya.
Jalan yang dilalui tidak seperti dulu
Dulu yang lurus dan terang,
Tapi kini banyak simpang dan gelap pula.
Perjalanan aku teruskan
Tapi tidak juga sampai ke destinasi yang ku tuju
Sedang hati ini bertambah gelisah
Seperti ada sesuatu yang ku tinggalkan
Hati ini terus meronta, menagis, gelisah dan resah
Jasad pula seperti terasa kesengsaraan hati
Turut sama sakit, lemah dan tidak bermaya
Aku adalah yang merasakan semua itu
Kerana hatiku berada pada jasadku
dan Jasad itu adalah diriku....
Selama ini aku lupa
Bahawa aku ada sesuatu yang Allah kurniakan
Tapi aku tidak gunakan ia sebaiknya
Ia adalah akalku
Mana perginya akalku??
Aku seperti orang bodoh
Tidak mahu berfikir hanya pandai melayan nafsu
Aku lupa untuk memikirkan tentang rontaan hatiku
Yang sebenarnya dahagakan minumannya iaitu iman
Aku yang selama ini jauh dan tersungkur di persimpangan
Aku leka dengan dunia!!!!!!
Aku lalai dari mengingati Allah!!!!!
Aku yang selalu buat dosa!!!!!!!
Akulah yang membinasakan diriku sendiri!!!!!!!!!
Akulah yang membiarkan hatiku mati!!!
Kerana dahagakan iman!!!
Aku membiarkan hatiku hitam!!!
Dengan titik-titik dosa yang hina!!!
Ya Allah...ampunkanlah aku
ampunkanlah segala kesalahanku
Aku mahu bertaubat pada-MU
Janganlah biarkan aku sesat di atas bumi yang Enagkau ciptakan
Bimbinglah langkahku agarku tetap berada pada jalan-MU
Aku tidak mahu menjadi golongan yang sesat,yang ingkar dan yang Engkau murkai
Ya Allah izinkan aku menjadi hamba-Mu yang soleh/solehah
Izinkanlah setiap masa yang Engkau berikan kepadaku untuk bersama-MU


DOA BUAT MENGUBATI PERASAAN DUKA ATAU STRESS


اللهم اني عبدك, وابن عبدك, وابن أمتك, ناصيتي بيدك, ماض في حكمك عدل في قضاؤك. أسألك بكل اسم هو لك, سميت به نفسك, أو علمته أحدا من خلقك, أو استأثرت به في علم الغيب عندك, أن تجعل القرآن ربيع قلبي, ونور صدري, وجلاء حزني, وذهاب همي


"Allahumma inni a'bduka, wabnu a'bdika, wabnu amatika, nasiati biyadika, madhin fi hukmika a'dlun fi qadha uka, as aluka bikulli ismin hualaka, samaita bihi nafsaka, au anzaltuhu fi kitabaka, au a'llamtuhu ahadan min khalkika, awi statharta bihi fi i'lmil ghaibi i'ndaka, an taja'la Quran rabi'a qalbi, wa nura sadri, wajala a huzni, wazahaba hammi"


Maksudnya: "Ya Allah sesungguhnya aku adalah hamba-MU, anak hamba-MU (lelaki) dan anak hamba-MU (perempuan). Ubun-ubunku dalam genggaman-MU, hukuman-MU berlalu kepadaku, Qadak (keputusan)-MU kepadaku adalah adil, aku mohon kepad-MU dengan setiap nama yang telah Engkau berikan untuk diri-MU,atau yang Engakau turunkan dalam kitab-MU, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhluk-Mu atau yang Engkau simpan dalam perbendaharaan ghaib daripada ilmu-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang sedihku."

(Riwayat Ahamad)


Khamis, 17 Mac 2011

KEKASIH



Kasih... impianku terbina dengan hadiah mahligai darimu
Yang akan menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih binakanlahku sebuah istana
Agar ia menjadi tanda cinta sejati

Biarkan ia megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Kaulah raja yang bertakhta di hatiku
dan akulah permaisuri penyeri hidupmu
Yang menjadi penyejuk mata dan penenang di hatimu

Tapi andai angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Andai aku pergi dulu meninggalkanmu
Relakanlah aku pergi kerana itulah takdir buat kita

Kekasih... bila ku tiada nanti
kau pahatkanlah doa buatku di sana
sama ada di dalam lena dan jua jagamu
Kekasih... kau siramilah pusaraku
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu
Di syurga nanti.......



BY: TINTA CINTA

Isnin, 14 Mac 2011

DI MANA DIA DI HATIKU

Semasa Rasulullah SAW. dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur, dalam perjalanan untuk berhijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka.

Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah SAW. menenangkannya dengan berkata, "jangan takut, Allah bersama kita."

Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya. Lalu kita, bagaimana?

Apa yang kita perlukan melebihi keperluan kepada Allah?

Kita perlukan Allah lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa Allah, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. Tanpa-Nya kita hilang arah dan diri sentiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah-ruah.

Orang yang cintakan Allah akan tenang dengan mengingati-Nya. Orang yang takutkan Allah pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayat-Nya. Andai cinta dan takut Allah ada di hati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi.

Di Mana Dia Di Hatiku?

Itulah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-Nya. Sesungguhnya Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya.


Nak carilah buku nih...tajuk die best...isi die pon msti lagi best....


Sabtu, 5 Mac 2011

Seruan Hatiku (Albi Nadak)~ Fares


Hanya padamu...
Diri ini hanya milikmu
Datanglah dekat
Air mataku mengalir
Mengharapkan mu

Hanya padamu...
Dan jiwaku padamu
Wahai kasihku usia kita,usiaku
Seluruh hidupku untukmu

Cintamu adalah hayatku
Dirimu buat kita bercinta sebenar2 cinta
Hatiku disini, keindahanmu millikku
Jadi bersatu

Hatiku memanggil
Harapkan engkau sentiasa kekal
Hanya dirimu
Selepas bertahun lihatlah sayang
Kita berjumpa di sini dan bersama
Airmataku mengalir keranamu
Engkaulah kekasih, hidupku hanya untukmu
Seluruh hidupku, usiaku..
Kerna matamu, aku serahkan segalanya

Apa yang daku harapkan
Indahnya kau disisi bersamaku selamanya
Katakanlah kepadaku..
Diri ini..sekian lama mengharapkan
Hati ini, perasaan ini
Bersama hati dan perasaanmu

p/s: sekadar untuk halwa telinga...
lagu ni dituju buat insan bernama kekasih...namun apa salahnya jika ia diubah dan difahami khas untuk Pencipta Kita,hanya cinta dari Yang Esa yang dapat menemukan cinta hakiki..hanya cintaNya yang kekal selamanya...dan hanya secebis dari cintaNya dapat menemukan cinta di antara manusia. Cintailah Allah pasti kita dicintai oleh semua....

"Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini dicintai pd hati org yg beriman, dan jadikanlah mereka menyintai org yg beriman". ameen...
(R. Muslim no. 2491, Bab Fadha'il al-Sahabat)