welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Ahad, 23 Oktober 2011

DESTINASI CINTAKU


Cerita hati ini tak akan berhenti selagi nyawa ini masih ada dalam jasad. Tentang kehidupan ini realitinya harus disedari. Tak perlu untuk berlari mengejar bayangan sendiri dan terbuai dalam alam mimpi. Bangun dan sedarlah diri. Cerita hati ini bukan hendak mengata orang mahupun sesiapa. Tetapi cukuplah hanya menceritakan dan menyedarkan diri ini yang masih mengelamun diselimuti keindahan dunia yang sementara. Kadang-kadang aku terfikir akan hakikat hidup ini. Apa sebenarnya kehidupan ini? Kenapa aku dicipta dan dihidupkan?? Jarang untuk berfikir begini, selalu hanya berfikir untuk mengejar nikmat keindahan dunia tapi bukan untuk terfikir dan mengejar nikmat keindahan syurga.... Astaghfirullah hal a'zim... Leka sangat diri ini. Pernah dulu aku terbaca sebuah buku yang tajuknya sungguh besar maknanya... "Setiap Saat Bersama Allah".

Terfikirkah kita, bagaimana hendak jadi seperti itu. Sesungguhnya aku bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai Islam, umat Nabi Muhammad S.a.w. Islam mengajar mudah untuk kita menjalani kehidupan ini. Setiap pekerjaan dunia yang kita lakukan niat hanya kerana Allah s.w.t. Mulakan sesuatu dengan menyebut nama Allah. Insyaallah setiap apa yang kita lakukan akan membawa berkat. Teringat aku akan Firman Allah s.w.t :"Maka ingatlah kepadaKu, Aku akan ingat kepadamu." (Surah al-Baqarah:152). Mata kita telah tertipu dengan syurga dunia hingga mengabaikan diri sebagai hamba Allah.

Mungkin pernah terfikir dan berkata pada diri sendiri..."aku bukannya jahat pun, tak mencuri, tak merompak, tak derhaka pada mak ayah, baik je dengan kawan-kawan, hormat je dengan orang tua, solat pun tak pernah ponteng....hurm...baik dah lah aku ni...apa lagi yang tak baiknya???" Ya...semua itu adalah baik, tapi andai kita lupa bahawa setiap kebaikan yang kita buat itu adalah kerana Allah...mungkin ia tidak mendatangkan apa-apa. Hanya sebagai rutin harian. Contoh kita bersolat, tak pernah tinggal, tapi pernahkah kita merasakan kita solat hanya sebagai rutin atau kewajipan sebagai seorang hamba, menyerah diri hanya kepada Allah?? Begitulah hidup ini, setiap sesuatu yang dilakukan adalah perlu kepada niat hanya kepada Allah s.w.t. Insyaallah...bila hati mengingati Allah jiwa akan sentiasa tenang. Tiada keraguan terhadap apa yang Allah telah janjikan. Tiada kesempitan yang dirasakan setiap nikmat hidup yang diberikan.

Saya yang menulis semua ini bukanlah juga seorang yang baik dan sempurna iman. Masih dalam pencarian madu keimanan dan keinsafan. Hanya untuk menyedarkan diri ini, inilah cerita hatiku yang selalu bergelora dan berlawan dengan nafsu sendiri. Sangat susah untuk melawan segala ujian jiwa, hanya pada Allah aku memohon pertolongan dan hidayah. Moga diri ini sentiasa mengingati Allah...dalam hati dan jiwa ini hanya kerana Allah s.w.t. Tersedar aku akan kebesaran Allah s.w.t dari hadis yang ku baca ini : Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda: Allah telah berfirman:
"Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu. Aku juga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa kepadaKu. Aku masih ingat terus kepadamu. Apabila engkau taat kepadaKu. Maka pergilah ke mana saja yang engkau suka di tempat engkau mematuhiKu dan Aku mematuhimu dan engkau mengikhlaskan kecintaanmu kepadaKu dan Aku mengikhlaskan kecintaanKu kepadamu. Kemudian engkau memalingkan diri daripadaKu...sedang Aku tetap mengambil berat terhadapmu. Siapakah yang memberimu makan sewaktu engkau masih janin di dalam perut ibumu... Aku tetap menguruskan segala keperluanmu dengan baik. sehingga terlaksana semua takdirKu terhadapmu. Apabila Aku lahirkan engkau ke alam dunia lalu engkau pun membuat banyak maksiat. Bukan begini sewajarnya balasanmu. terhadap siapa yang berbuat baik kepadamu."

(Riwayat Rifa'i dan Abu Nasr)

Astghfirullah... Ya Allah ampunilah kami...kerana selama ini sering melupakanMu.... Sungguh besar cintaMu terhadap diri ini. Mengapa aku sering lupa untuk bersyukur kepadaMu....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang....

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami."

"Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami."

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin."

Amin ya Rabbal a'lamin...


DESTINASI CINTA~MESTICA





Layar Keinsafan

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora