welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Ahad, 23 Oktober 2011

DESTINASI CINTAKU


Cerita hati ini tak akan berhenti selagi nyawa ini masih ada dalam jasad. Tentang kehidupan ini realitinya harus disedari. Tak perlu untuk berlari mengejar bayangan sendiri dan terbuai dalam alam mimpi. Bangun dan sedarlah diri. Cerita hati ini bukan hendak mengata orang mahupun sesiapa. Tetapi cukuplah hanya menceritakan dan menyedarkan diri ini yang masih mengelamun diselimuti keindahan dunia yang sementara. Kadang-kadang aku terfikir akan hakikat hidup ini. Apa sebenarnya kehidupan ini? Kenapa aku dicipta dan dihidupkan?? Jarang untuk berfikir begini, selalu hanya berfikir untuk mengejar nikmat keindahan dunia tapi bukan untuk terfikir dan mengejar nikmat keindahan syurga.... Astaghfirullah hal a'zim... Leka sangat diri ini. Pernah dulu aku terbaca sebuah buku yang tajuknya sungguh besar maknanya... "Setiap Saat Bersama Allah".

Terfikirkah kita, bagaimana hendak jadi seperti itu. Sesungguhnya aku bersyukur kerana aku dilahirkan sebagai Islam, umat Nabi Muhammad S.a.w. Islam mengajar mudah untuk kita menjalani kehidupan ini. Setiap pekerjaan dunia yang kita lakukan niat hanya kerana Allah s.w.t. Mulakan sesuatu dengan menyebut nama Allah. Insyaallah setiap apa yang kita lakukan akan membawa berkat. Teringat aku akan Firman Allah s.w.t :"Maka ingatlah kepadaKu, Aku akan ingat kepadamu." (Surah al-Baqarah:152). Mata kita telah tertipu dengan syurga dunia hingga mengabaikan diri sebagai hamba Allah.

Mungkin pernah terfikir dan berkata pada diri sendiri..."aku bukannya jahat pun, tak mencuri, tak merompak, tak derhaka pada mak ayah, baik je dengan kawan-kawan, hormat je dengan orang tua, solat pun tak pernah ponteng....hurm...baik dah lah aku ni...apa lagi yang tak baiknya???" Ya...semua itu adalah baik, tapi andai kita lupa bahawa setiap kebaikan yang kita buat itu adalah kerana Allah...mungkin ia tidak mendatangkan apa-apa. Hanya sebagai rutin harian. Contoh kita bersolat, tak pernah tinggal, tapi pernahkah kita merasakan kita solat hanya sebagai rutin atau kewajipan sebagai seorang hamba, menyerah diri hanya kepada Allah?? Begitulah hidup ini, setiap sesuatu yang dilakukan adalah perlu kepada niat hanya kepada Allah s.w.t. Insyaallah...bila hati mengingati Allah jiwa akan sentiasa tenang. Tiada keraguan terhadap apa yang Allah telah janjikan. Tiada kesempitan yang dirasakan setiap nikmat hidup yang diberikan.

Saya yang menulis semua ini bukanlah juga seorang yang baik dan sempurna iman. Masih dalam pencarian madu keimanan dan keinsafan. Hanya untuk menyedarkan diri ini, inilah cerita hatiku yang selalu bergelora dan berlawan dengan nafsu sendiri. Sangat susah untuk melawan segala ujian jiwa, hanya pada Allah aku memohon pertolongan dan hidayah. Moga diri ini sentiasa mengingati Allah...dalam hati dan jiwa ini hanya kerana Allah s.w.t. Tersedar aku akan kebesaran Allah s.w.t dari hadis yang ku baca ini : Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda: Allah telah berfirman:
"Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu. Aku juga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa kepadaKu. Aku masih ingat terus kepadamu. Apabila engkau taat kepadaKu. Maka pergilah ke mana saja yang engkau suka di tempat engkau mematuhiKu dan Aku mematuhimu dan engkau mengikhlaskan kecintaanmu kepadaKu dan Aku mengikhlaskan kecintaanKu kepadamu. Kemudian engkau memalingkan diri daripadaKu...sedang Aku tetap mengambil berat terhadapmu. Siapakah yang memberimu makan sewaktu engkau masih janin di dalam perut ibumu... Aku tetap menguruskan segala keperluanmu dengan baik. sehingga terlaksana semua takdirKu terhadapmu. Apabila Aku lahirkan engkau ke alam dunia lalu engkau pun membuat banyak maksiat. Bukan begini sewajarnya balasanmu. terhadap siapa yang berbuat baik kepadamu."

(Riwayat Rifa'i dan Abu Nasr)

Astghfirullah... Ya Allah ampunilah kami...kerana selama ini sering melupakanMu.... Sungguh besar cintaMu terhadap diri ini. Mengapa aku sering lupa untuk bersyukur kepadaMu....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang....

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau tersilap. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami."

"Wahai Tuhan kami! Jangan Engkau pikulkan kepada kami apa-apa yang tidak terdaya kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami."

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami daripada isteri dan suami serta zuriat keturunan yang boleh menjadi cahaya mata buat kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang-orang yang muttaqin."

Amin ya Rabbal a'lamin...


DESTINASI CINTA~MESTICA





Layar Keinsafan

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Selasa, 20 September 2011

PERHATIAN!!!...Mohamad Razif je boleh baca ni..org lain xblh...


Ada sesuatu yang ku ingin ukir di sini. Gambaran hati ini buat insan yang ingin mengerti akan ketulusan cintaku. Coretan rindu ini bukan untuk sesiapa, tetapi hanya untuk dia. Tentang dirinya...hurm... .^_^. senyum dulu tanda hati ini sangat bahagia. Ramai yang mengenalinya semasa di sekolah dahulu, tetapi hanya diri ini je yang tidak tahu rupanya dia wujud di bumi SEMARAK itu...hehe. Tapi siapa tahu ketentuan Allah, jika DIA berkehendak sesuatu pasti berlaku. Ada hikmah disebalik pertemuan ini. Diri ini tak kenal dia dulu mungkin Allah nak temukan ku dengan dia di suasana yang lebih indah. Ye...memang sangat indah pun dan sangat tidak disangka-sangka. Macam kebetulan je...kan2 awak..hehe =p Ucapan syukur alhamdulillah mampu dilafazkan. Andai diizinkan Allah segala impian yang telah dirancang bersama diharap menjadi kenyataan. Bibir hanya mampu berdoa dan hati selalu berharap dan berserah pada Allah. Usaha menjadi yang utama, menjaga hubungan ini suapaya kekal untuk selamanya.

Tentang diriku....tak sabar nak tunggu birthday tahun depan...hehe. Bukan tak sabar nak jadi tua, tapi adalah...kan awak...hehe...hurm..insyaallah, jika diizinkan Allah .^_^. Sabar-sabarlah ye...=p Tentang perasaan ini terhadap dia sangat banyak. Tak tahu nak diluahkan di sini. Hanya Tuhan saja yang tahu akan perasaan ini. Tapi dia mungkin dah tahu..sebab banyak kali jugak bagi tahu dia dekat mesej, cakap pun pernah. Malu nak bagi tahu di sini. Biarlah antara diriku dan dia je yang tahu apa sebenar cerita hatiku ini terhadapnya. Harap dia yang membaca tetang cerita hati ni akan tersenyum bahagia dan dah tahu apa yang ingin ku luahkan padanya. Dia dah tahu buah hatinya ni memang pemalu...hehe =p Bahagia dan seronok sebab dia suka nak tahu apa perasaan ku terhadap dia. Nak tunggu orang yang punya blog ni cakap sendiri tak tahulah bila.. kan... Tapi rasanya kena juga luahkan apa yang ada dalam hati ni supaya dia akan lebih mengerti dan tidak ragu-ragu dengan perasaanku padanya. Dia pun dah tahu, mak pun ada bagi tahu dia, diri ini macam budak-budak, suka merajuk pulak tu...tak tahulah bila nak dewasa...huhu. Walau bagaimanapun hati ni rasa gembira sangat sebab dia boleh terima budak kecik macam saya ni...hehe...(Terima kasih ye awak & <3 =) ) Terimalah diri ini dengan seadanya. Diri ini pun terima dia dengan seadanya.


Tentang kita... Cinta yang dibina adalah kerana Allah. Jangan mudah jemu, jangan juga mudah putus asa. Jujur dan setia. Apa yang penting kita jaga hati kita. Diri ini pun perlu jaga hati dia, dia pun perlu jaga hati ku ini. Insyaallah bahagia buat selama-lamanya.

Sekarang jarak memisahkan diri ini dengan dia. Bukan bermakna diri ini boleh lupakan dia dan dia boleh lupakan diri ini. Apa yang ku tahu hati ni rindu sangat-sangat... Pertemuan yang singkat ini banyak mengukir kenangan yang indah..betul tak awak??(lau ye angguk tau..hehe =p) Dia banyak bagi diri ini kenangan yang tak mungkin ku lupakan. Terima kasih untuk segala-galanya, terima kasih awak buat diriku ini happy dan bahagia selalu. Terima kasih sebab bersabar dengan diriku ini. Terima kasih sebab memilih diri ini untuk jadi pasangan hidupnya nanti. Dia baik sangat dengan ku. Harap ada jodoh nanti, saya dan dia sama-sama hidup bahagia sampai bila-bila. Insyaallah. Ada pesanan si dia yang selalu dia bagi tahu saya.

  • Jaga diri
  • Jaga hati
  • Jaga kesihatan
  • Belajar rajin-rajin
  • Ingat pesan mak ayah
  • Jangan nakal-nakal
  • Jangan gatai-gatai
  • Jangan layan orang laki lain
  • Jangan lupakan saya tau...
Saya akan ingat semua pesanan awak ni sampai bila-bila. Sebelum akhir kata saya tinggalkan dengan bait-bait cinta ini...


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Tajuk Nasyid : Permata Yang Dicari
Artis : DeHearty
Album : Insan Istimewa

Isnin, 29 Ogos 2011

dodol, kerepek peyek, & mazola (27 ogos)

alhamdulillah... selesai jugak gotong royong buat 3 juadah raya yang agak popular tu. Seronok gotong royong ramai-ramai ni. pak2 sauadara, mak2 sedara, sepupu2 dapat kumpul sama2.lokasinya rumah bondaku lah.. itu lah sasaran yang sangat strategik nak buat pun. dari pagi sampailah petang. yang lawaknya dodol yang susah nak buat tu boleh siap dulu dari yang lain. yamg paling lambat siap mazola lah. alamaklumlah kan anak-anak dara yang buat lah kata kan...hehe. seronok buat kuih dgn sepupu-sepupu ni. yang tukang bakarnya aku lah... tension2... oven tu memamng menguji kesabaran aku, lau buat sorang-sorang memamang lama dah nages. ( cam ade sehari 2, ak wt kueh raye sorg2 smbil nagess..rasa kue 2 pn agknye terleby masin kot...huhu). lama tunggu kue nk masak...letih tunggu smapai tangan aku pun terbakar jugak...huhu..habeslah tgn parut tyme raya esok..sakit jugak...huhu. ade pulak yang hangit...hehe..rezeki2...hangit pun haget lah, yang pnting dapat jugak makan...hehe... yang mana elok2 semua untuk raya...huhu.

tugas buat dodol tu org2 lelaki yang gagah perkasa lah. termasuk lah papaku...hehe yang paling sinior tu, papaku lah yang paling gagah pon. org muda2 pon kalah kacau dodol...haha..hebat2.
kerepek peyek plak kaum ibulah yang kne bg settle..hehe... mak aku lah yang jd taukehnye.. bak kata org zaman sekarang ni otai...hehe...

yang paling best tyme buka pose lah...dok makan ramai-ramai. memamang selera. seronok2..hehe..tapi makan selera ni pun hati masih teringat pada someone...hurm... sedy lah jugak kan...huhu...tak pe lah nak wat cm ne....huhu.tak mau lah sedih2 ni, esok nk raya dah...nak cerita menu buka lah... menu2nye jeng3..hehe..lauk2 kg je..aku kan org kg je...sapelah aku kan...mkn pizza pon muntah2...hehe...tak maulah ckp kan pe juadahnye...nnt ade yang teringin plak kan. tapi nk jugak lah bg tau pe org2 kg cam aku ni mkan...hehe.. org kg cm aku ni ske makn nasi, nasi mestilah kena ada =p. lauk ikan goreng pon sodap, kari ikan, sayur2 rebus, ulam2 kg, sambal belacan penambah slera, sambal petai udang yng berbau sket, kue dan bubur...hehehe...biasa je kan. tapi ak rasa tu pon dah sedap, org kg lah ktakan..modal pon tak byk nk mkn sedap2 sngt..hehe =p...syukur alhamdulillah, pe yang ade makan, rezeki Tuhan.. =)

apa2 pon esok dah raya. dikesempatan ini..buat semua yang aku cinta dan yang ku rindu, walaupun jauh di mata, kalian tetap di hati ku, maaf zahir & batin.. buat mereka yang penah aku sakiti, maafkan lah diri ini..sesungguhnya aku tak sempurna, krn aku hanya insan biasa...(~_~)
moga berjumpa lagi pd Ramadhan yang akan dtg... smile always. wasalam

Rabu, 17 Ogos 2011

KEBENARAN SUDAH TERBUKTI

Menarik untuk dibaca dan dikongsi bersama... Inilah antara bahan bacaan yang perlu dihadam sewaktu berlajar subjek Gerakan Misionari Kristian (GMK). Sangat seronok....Boleh tahu sedikit sebanyak tentang agama Kristian dan gerakan pembabtisan mereka... Banyak bukti yang menunjukkan Islam adalah agama yang benar berikutan dengan penemuan-penemuan artifak dan dokuman-dokuman silam. Bacalah..segala yang benar itu datangnya dari Allah swt.



ULASAN BUKU

MUHAMMAD AZMAN HAMZAH

SECRETS OF THE DEATH SEA SCROLLS

(SINGAPURA: ZE MAJEED’S DISTRIBUTOR. 2001), halaman 117

oleh

Prof. Madya Dr. Badlihisham Mohd Nasir

JPDK, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sejarah tiga agama langit iaitu Yahudi, Nasrani dan Islam telah diterima sebagai suatu anutan yang berdasarkan kepada ketetapan kitab suci masing-masing. Keutuhananya adalah berdasarkan kekuatan dan kebenaran kitab suci yang diterima sebagai sakral serta tidak boleh dipertikaikan lagi. Namun, penemuan skrol di Laut Mati pada tahun 1947 oleh seorang Arab Badwi yang kehilangan kambing di gua Qumran berdekatan Laut Mati sebaliknya dipercayai memberi kesan yang sangat signifikan kepada ketiga-tiga agama berkenaan. Skrol tersebut bukan sahaja menjadi rebutan di kalangan ahli arkeologi dalam menilai sejarah kota suci Jerusalem yang menjadi konflik hari ini tetapi sangat penting kepada sarjana atau ahli agama yang mahu menilai semula implikasinya kepada kebenaran agama masing-masing. Penulis dalam bukunya Secrets of the Death Sea Scroll yang diterbitkan pada 1993 dan kemudiannya direvisi semula pada 2001 cuba membincangkan beberapa persoalan penting iaitu siapakah yang sebenarnya Jesus?, apakah beliau seorang pemberontak Yahudi, Anak Tuhan atau seorang Rasul?. Skrol ini juga didakwa dapat memberikan gambaran sebenar mengenai ajaran yang dibawa oleh baginda ketika itu. Walaupun buku ini tidak tebal, ia berupaya menyampaikan matlamat penulis melalui sepuluh bab yang dihuraikan secara ringkas tetapi padat.

Dalam membincangkan tentang persoalan di atas, Bab kedua buku ini menghuraikan sejarah awal penemuan skrol oleh seorang Arab Badwi bernama Muhammad al-Dhib di gua Qumran berdekatan dengan Laut Mati. Beliau yang menyangka telah berjumpa dengan kendi harta karun menemui skrol berkenaan dibalut oleh kain putih yang telah reput. Muhammad menjual kain itu kepada seorang peniaga Kristian yang seterusnya menjualkannya pula kepada Athanasius Yeshua Samuel, ketua Gereja Ya’akubiyyah di Jerusalem. Samuel menjualkan skrol itu ke Amerika Syarikat dan dalam masa yang sama, ia juga dibeli oleh Jabatan Arkeologi Universiti Hebrew di Jerusalem. Arab Badwi itu juga menunjukkan sebahagian dari skrolnya kepada Joseph Saad, Pengarah Rockefeller Muzium Jerusalem pada 1951. Joseph mengambil inisiatif melakukan usaha mencari skrol dan khazanah lain yang masih terdapat di gua berkenaan secara besar-besaran. Dalam masa lima tahun berikutnya, usaha ini menarik minat banyak ekspedisi di mana mereka telah mengali sebanyak lebih daripada tiga ratus buah gua. Walaupun hanya sepuluh gua sahaja yang didapati mengandungi skrol, ekpedisi turut menemui artifak sejarah lain yang berharga dalam runtuhan kota dan kubur di Khirbet Qumran. Pada tahun 1953 pihak Rockefeller Muzium telah menubuhkan satu badan bernama International Editing Team yang terdiri daripada tiga orang Paderi Peranchis, seorang Paderi dari Amerika dan Poland, seorang pakar bible Amerika serta seorang ahli philologi terkenal Britain bagi tujuan mengumpul, menterjemah dan menerbitkan skrol yang berbahasa Hebrew kuno itu.

Volume pertama yang menerangkan tentang skrol berkenaan berjaya diterbitkan pada 1955 dan pada 1958 pula badan ini menyatakan bahawa hampir semua cebisan skrol itu telah dapat dikumpul, dikenalpasti dan dirakamkan gambarnya. Pada 1962, Father De Vaux ketua badan berkenaan menyatakan bahawa semua informasi mengenai skrol itu akan dapat diterbitkan pada pertengahan 1962. Namun di antara tahun 1955 dan 1990 hanya mampu menerbitkan lapan volum laporan yang hanya mengandungi 25 peratus daripada keseluruhan skrol yang tersimpan di muzeum itu. Keraguan mula timbul apabila laporan skrol yang ditemui di gua keempat sukar diberikan oleh badan berkenaan. Ahli-ahli akademik mula mengkritik badan ini dan menuduh ia cuba untuk menyembunyikan sesuatu dari diketahui umum. Apakah skrol itu menimbulkan kesan negatif kepada gereja dan kepercayaan Kristian?. Dakwaan ini semakin kuat asasnya apabila akses untuk mendapatkan bahan itu dinafikan oleh badan yang dimonopoli oleh orang-orang Kristian itu. Namun begitu, badan tersebut menafikan dakwaan itu dan berjanji untuk menerbitkan sepenuhnya pada 1993. Sikap berdolak-dalik badan itu yang meminta tempoh lebih lama lagi bagi menerbitkan skrol itu berakhir pada tahun 1991 apabila Perpustakaan Hutington di California mengumumkan bahawa ia mempunyai semua skrol yang masih belum diterbitkan, malah membenarkan sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya dengan bayaran yang rendah. Pendedahan ini menyebabkan skrol itu akhirnya menjadi hakmilik umum walaupun cuba dipertikai oleh badan awal yang menyelianya dahulu.

Bab Tiga membahagikan skrol berkenaan kepada dua kategori iaitu materi biblical dan materi sekretari. Sebanyak 170 bahan Bible yang dijumpai mengandungi setiap buku dalam Perjanjian Lama kecuali Book of Esther. Materi Sekretari pula terdiri daripada satu dozen skrol yang lengkap serta beberapa ratus pecahannya. Ia terdiri daripada berbagai bentuk penulisan seperti sajak, komentari bible, esei teologi, teks undang-undang, peraturan agama, manual tentera dan peta harta karun. Materi Sekretari memberikan informasi yang luas dan begitu signifikan kepada perbincangan yang dibawakan oleh penulis. Di antara dokumen kategori sekretari yang penting dibincangkan ialah Skrol Tembaga yang menunjukkan lokasi kedudukan harta karun. Skrol kedua adalah mengenai undang-undang komuniti dan panduan disiplin yang menerangkan hirarki autoriti serta peraturan bagi sebuah masyarakat seperti yang dikehendaki oleh Kitab Taurat. Skrol Perang pula menerangkan perihal taktik perang masyarakat dalam menghadapi musuh mereka yang dipanggil Kittim. Skrol Kuil yang dijumpai di gua sebelas dianggap suci dan dipercayai sebagai salah satu daripada enam buku di dalam Kitab Taurat yang hilang. Skrol Komentari Habakkuk telah menimbulkan kontroversi bila menggelarkan individu yang tidak mentaati ajaran Nabi Musa di dalam Taurat sebagai seorang ‘Penipu’ serta ‘Paderi Jahat’ kepada seorang yang telah membunuh ketua mereka iaitu ‘Guru Kebenaran’. Dokumen Damaskus juga dianggap penting kerana ia sama dengan satu dokumen lain yang telah ditemui di sebuah sinagog di Mesir kira-kira 50 tahun sebelumnya. Kedua-dua dokumen itu menceritakan perihal sebuah mazhab orang Yahudi yang menentang autoriti agama di Jerusalem yang didapati bercanggah dengan ajaran Taurat. Walaubagaimanapun, dokumen di Qumran ini didapati lebih lama dan lengkap berbanding yang dijumpai di Mesir.

Pada dasarnya pengkaji bersepakat bahawa Skrol ini ditulis oleh penduduk Essenes di Qumran sejurus selepas kematian Jesus. Namun bagi Pasukan Pengedit Antarabangsa, mereka percaya bahawa ianya telah ditulis oleh mereka yang mengamalkan kehidupan rahib di biara. Pandangan ini ditentang oleh ramai sarjana bebas yang memberikan beberapa alasan bahawa penduduk Essenes di Qumran bertentangan dari jangkaan sebenarnya. Antara alasan itu merujuk kepada runtuhan kubur yang mengandungi wanita dan kanak-kanak; sedangkan paderi menghindari perkahwinan. Selanjutnya para pengkaji seperti Prof. Eisenmenn Mendakwa bahawa perkataan Essenes itu sendiri merujuk kepada makna ‘pengamal Syariat’ berbanding ‘suci’ dalam bahasa Hebrew. Namun pandangan dari ahli sejarah kuno seperti Josephus dan Pliny yang menyatakan bahawa golongan Essenes telah menjalani kehidupan kerahiban itu boleh diakui sebagai suatu bentuk penyamaran puak berkenaan bagi tujuan mengelakkan mereka diperangi oleh orang-orang Rom yang menentang pelaksanaan ajaran Taurat. Bahkan melalui skrol ini, sifat sebenar orang Essenes yang berpengaruh serta kuat berpegang dengan ajaran Nabi Musa sehingga sanggup berperang dengan kerajaan Rom yang kuat itu diperjelaskan oleh bab empat buku ini.

Bab lima membincangkan secara khusus hubungan di antara Skrol Laut Mati dengan agama Kristian. Ini mungkin disebabkan skrol berkenaan ditulis sejurus selepas lahir Jesus dapat memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai agama Kristian berbanding penulisan sebelumnya. Di samping menonjolkan kebanyakan persamaan ajaran dan amalan seperti yang terkandung dalam Perjanjian Baru, skrol ini telah mengemparkan dengan menceritakan perihal tokoh-tokoh kontroversi seperti James, paderi Sadusi, Paul, paderi yang Jahat dan si penipu.

James yang dinyatakan oleh Bible didapati bertepatan dengan perihal James yang dimaklumkan sebagai Guru Kebenaran dalam skrol ini. Bible memberitahu bahawa saudara Jesus iaitu James adalah ketua dari kalangan Nazareth (komuniti asal Jesus) adalah sama dengan makna dan identiti James yang difahami sebagai ‘Zaddik’ (yang benar) di dalam bahasa Hebrew itu. Lebih mengejutkan penulis membawa hujah Prof. Eisenmann yang menyatakan bahawa Nazareth dalam Bible bukanlah menunjukkan nama tempat tetapi berasal dari istilah ‘Nozrei-ha-Brit’ yang bermakna ‘the Keeper of the Covenant’. Oleh kerana Istilah ‘Nozrei-ha-Brit’ dinyatakan dalam skrol, maka puak Essenes yang mendiami Qumran adalah dipercayai dari golongan Nazareth atau Nasrani. Hujah ini disokong oleh fakta bahawa dalam bahasa Arab ‘Nozrei-ha-Brit’ adalah Nasrani yang sekaligus membenarkan sifat golongan ini yang taat kepada ajaran Nabi Musa dan Nabi Isa. James dipercayai sebagai pemimpin Essenes atau Nazareth ini sangat kuat berpegang kepada Taurat dan ajaran Jesus dan sering bertentangan dengan pihak autoriti agama di kalangan paderi Yahudi Sadusi di kota Jerusalem. Paderi Sadusi bukan sahaja berkonspirasi dengan Rom yang melantik mereka menentang Jesus dan orang Nazareth, bahkan tidak mempercayai sebahagian ajaran Taurat seperti hidup selepas mati. Penentangan mereka kepada kaum Nazareth ini menyebabkan institusi kepaderian di Jerusalem dikutuk hebat sehingga seorang daripadanya iaitu Anainas digelar paderi yang Jahat ‘the Wicked Priest’ kerana membunuh James ‘Guru Kebenaran’. Skrol yang mendedahkan kewujudan Si Penipu ini juga ditafsirkan sebagai merujuk kepada Paul (mulanya bernama Saul) yang pada asalnya datang bertujuan menangkap orang-orang Nasrani di Qumran. Walaupun beliau akhirnya memperjuangkan ajaran Jesus, beliau tetap dibenci kerana didapati bertentangan dan menyelewengkan ajaran sebenar Taurat. Penyelewengannya sampai ke tahap serius iaitu menyatakan bahawa keabsahan ajaran Taurat hanyalah pada sebelum kedatangan Jesus dan sebaliknya menetapkan bahawa keimanan kepada Jesus memadai untuk mencapai kebahagian berbanding ketundukan kepada undang-undang Taurat. Indikasi beliau sebagai seorang penipu sangat besar kesannya dalam membuktikan persoalan samada agama Christian hari ini benar-benar bersumberkan ajaran Jesus atau hanyalah ciptaan dan khayalan Paul semata-mata.

Suatu lagi pendedahan yang mengemparkan ekoran dari penemuan skrol ini ialah mengenai kehilangan sebahagian daripada Kitab Taurat yang telah dijumpai semula. Kitab Taurat sebenarnya adalah kitab awal daripada lima kitab dalam Old Testament. Ahli sejarah berpendapat bahawa terdapat satu lagi kitab yang telah hilang dan tidak dimasukkan dalam himpunan kitab-kitab yang ada. Ia mengandungi pelan lengkap kuil pertama yang diperintahkan Allah supaya dibina oleh Nabi Daud. Kuil tersebut mempunyai dua fungsi utama iaitu sebagai tempat beribadat dan aktiviti keagamaan serta tempat menyimpan The Ark of Covenant yang menjadi simbol kekuasaan tuhan. Skrol terpanjang yang dijumpai itu menjelaskan bukan sahaja menjelaskan struktur komplek ibadat itu bahkan menyatakan undang-undang dan peraturannya sekali. Oleh kerana skrol itu juga dianggap sebagai suci oleh komuniti Essenes atau Nazareth, maka sekaligus dakwaan bahawa ianya adalah sebahagian daripada komponen kitab suci yang hilang itu semakin kuat dan berasas. Malangnya kedua-dua elemen yang disebut di dalam skrol itu sukar dibuktikan secara emperikal kerana tempat ibadah itu telah dimusnahkan oleh Raja Nebuchadnezzar dari Bablyon pada 586 SM. Tinggalan puing kompleks yang ada hari ini iaitu Masjid al-Aqsa, tembok tangisan dan lain-lain sukar dijadikan bukti ketepatan skrol ini, manakala the Ark of Covenant itu sendiri telah hilang di bawah runtuhan akibat serangan raja berkenaan.

Bab ke tujuh dan kelapan buku cuba mengkritik kontradiksi ajaran yang belaku dalam agama Kristian mengenai Jesus dan membandingkannya dengan ajaran Islam yang konsisten dengan pendedahan skrol. Pandangan kritis penulis mengenai kebenaran Islam dalam menangani fenomena Jesus diperkukuhkan lagi dengan penjelasan dari al-Quran yang disampaikan dalam bab kesepuluh. Kedudukan Jesus dalam Kristian hari ini dijelaskan sebagai suatu ajaran yang banyak bersumberkan Paul. Paul yang tidak pernah berjumpa dengan Jesus itu adalah pengasas dan autoriti penting kepada ajaran mengenai ketuhanan Jesus yang berbeza dengan pandangan Yahudi dan Islam. Oleh kerana ajaran Paul ditolak oleh skrol itu, bermakna ajaran sebenar mengenai Jesus sebenarnya dilanjutkan oleh agama Islam yang agak serasi dengan catatan Ahl Kitab di Qmran itu. Ini membuktikan bahawa sebahagian ajaran seperti Triniti yang mempertuhankan Jesus sebenarnya kontradik seperti yang dijelaskan oleh skrol dan al-Quran. Dalam lain pengertian apa yang ditemui di dalam skrol itu sebenarnya telah dimaklumkan oleh Al-Quran sebagai petunjuk kepada umat manusia. Ia juga dapat membuktikan bahawa apa yang dinyatakan oleh Al-Quran bukanlah suatu dogengan Muhammad bahkan dapat dibuktikan secara saintifik melalui penemuan skrol di Qumran. Ia memperkuatkan lagi kedudukan al-Quran bukan sahaja sebagai sebuah kitab suci tetapi sebagai mukjizat yang melebihi kehebatan sains dan teknologi. Nasib orang-orang Nazareth atau Essenes yang dinyatakan dalam bab Sembilan menyamai nasib orang-orang Nasrani alam tradisi Islam. Mereka terpaksa merantau melarikan diri dari serangan dan buruan orang Rom yang kejam disamping berusaha mencari seorang Nabi akhir zaman yang juga merupakan seorang Messiah atau juru selamat seperti Jesus. Hal yang sama juga berlaku kepada orang-orang Yahudi lain yang ada di antaranya berpindah ke Madinah justeru menanti kedatangan seorang Nabi yang akan memimpin mereka menghadapi kezaliman sebagaimana Nabi Musa menentang Firaun.

Kesimpulannya, buku ini telah berjaya menyampaikan mesej kebenaran Islam dalam konteks penemuan dan pendedahan skrol Laut Mati. Kesesatan agama Kristian hari itu berjaya dibuktikan melalui skrol yang menafikan peranan Paul sebagai orang yang membawa ajaran tulin Jesus berbanding golongan Essenes Qumran yang dikaitkan sebagai golongan Nasara oleh Islam. Walaupun buku ini tidak membincangkan kedudukan Jesus dari perspektif Yahudi secara detail, sikap orang Yahudi yang sering menolak ajaran sebenar Nabi mereka seperti yang diberitahu oleh al-Quran ia jelas terbukti benar melalui sikap pemimpin agama mereka yang sanggup bersekongkol dengan kaum Rom dalam memusnahkan Nabi mereka sendiri. Pembongkaran skrol mengenai sikap dan pendekatan kedua-dua golongan Yahudi dan Nasrani ini mungkin tidak lebih daripada apa yang telah dimaktubkan sebagai mereka yang sesat dan dimurkai oleh Allah di dalam Umm al-Kitab Surah al-Fatihah. Persoalannya apakah penyelidikan dari perspektif Islam telah diusahakan oleh umat Islam terhadap skrol ini.? Siapakah yang mampu dan berani bangkit membawa isu ini bagi memperkuatkan kebenaran Islam melalui pendakwah kontemporari dan tokoh perbandingan agama seperti Sheikh Ahmad Deedat akan terus menjadi cabaran besar dalam menangani fenomena kebangkitan Islam masa kini.

Sabtu, 13 Ogos 2011

SELALU ADA....

Sampai mana lagi harus aku berlari lagi? Banyak manakah air mata yang perlu ku tadah? Yang telah terjadi tetap telah terjadi. Yang akan terjadi tetap akan terjadi. Hanya doa dan amal ini yang mampu mengubah segala masa depan ku yang gelap menjadi cerah semula. Aku mengerti Allah itu tidak zalim kepada hamba-Nya selalu berdoa dan bertaubat. Allah tahu apa yang aku harapkan dan fikirkan. Allah tahu segala apa rintihan dalam hati ini. Engkaulah Yang Maha Melihat, Engkaulah Yang Maha Mendengar.

Allah itu selalu ada bersama ku bagai nafas yang ku hela, tidak akan terhenti dengan izin Yang Maha Esa. Setiap detik Allah sentiasa bersama ku. Mengapa perlu diragu? Mengapa perlu berlari lagi? Mengapa perlu menadah air mata lagi? Bukankah aku masih ada lagi tempat untuk mengadu. Yang sentiasa memahami diri ini. DIA adalah Pencipta ku dan segala isi di dunia ini.

Walaupun diri ini penuh dengan dugaan, keyakinan terhadap pertolongan dari-Mu amat ku harapkan. Tidak Engkau biarkan diri ini terus berduka dan derita. Kaulah yang Maha Pengasih, Maha Penyang dan Maha Pelindung.

Tapi aku yang selalu lupa. Sentiasa dalam kerugian. Lupa segala nikmatyang diberikan. AKU LUPA AKU ADALAH HAMBA. AKU LUPA BAHAWA DUNIA INI ADALAH SEMENTARA..... Ya Allah.. tidak terhitung segala dosa yang ku lakukan. Tidak tertanggung diri ini menghadapi azab neraka-MU. Ampunkanlah diri ini ya Allah. Terimalah diri ini sebagai hamba-MU yang soleh dan solehah. Jangan biarkan hati dan jasad ini hanyut dengan dunia ini. Sesunguhnya Engaulah Yang Maha Pengampun. Pada-Mu tempat ku bergantung.

Sabtu, 30 Julai 2011

HATIKU DAN CINTA

Dahulu...
Aku tidak mahu tahu apa itu cinta
Tidak pernah menginginkan cinta
Benak ku terkunci mati
Menyatakan cinta itu palsu
Mengatakan cinta itu hanya mainan lelaki
Aku tidak mahu jadi bodoh kerana ingin sangat mengejar cinta
Tembok besar mengahalang hatiku menerima cinta
Hingga hati ini cukup menyampah dengan lelaki
Aku tidak mahu disakiti oleh lelaki

Kini...
Mungkin aku ingin berubah
Mahu mengenal cinta yang sejati
Masih lagi tercari-cari
Hatiku mudah hancur kerana masih rapuh dengan cinta
Bila tsunami melanda hatiku terus hanyut
Tembok itu masih kuat memisahkan aku dengan cinta
Pernah aku meluahkan cinta dan berjanji
Tapi luahan dan janji itu bukan untuk sesiapa
tetapi luahan dan janjiku hanya pada cinta
Pudarnya cinta itu, hilanglah cintaku

Harapanku:-
Datanglah insan yang ikhlas membantuku
Mengenalkan padaku apa itu cinta
Hati ini mudah menerima cinta
Kerana aku mahu memahami apa sebenarnya cinta
Tuhanku izinkanlah insan ini
mengajarku erti cinta yang Kau beri
Biarlah insan ini membawaku pada kasih yag abadi
Ku mahu insan ini memimpin aku mengenal-Mu
agarku mengerti dan menghargai cinta-Mu yang abadi
Ameen...



Ahad, 3 Julai 2011

SOAL HATI


Cerita hatiku masih belum berakhir. Selagi jantung ini bersegup, hatiku akan terus diukir cerita. Banyak yang sedih dari gembira, banyak yang duka dari bahagia. Hatiku ingin mencari bahagia. Hatiku ingin damai dan ceria. Tapi masih sendiri, tiada siapa yang peduli. Tak siapa pun tahu kerana hatiku menangis tanpa suara dan air mata. Mengukir kuntuman senyuman, nampak indah tapi serinya tiada. Nada ketawa seperti ceria, tapi tiada irama dan lagu. Walaupun hidup sendiri hingga ke hujung nyawa, tetap sendiri tanpa sunyi dari kasih Ilahi. Pada siapa harusku mengadu?? Kawan-kawan kah?? atau kekasih hati?? Persoalannya adakah mereka dapat membantu??? Siapakah yang mampu membaca hati ini? Rona jiwa terkadang tak mampu untuk diluahkan dengan kata-kata atau apa yang dilakukan. Biarkan mulut ini membisu dari terus berkata. Biar hati ini terkunci dari memiliki apapun. Tiada apa yang harusku miliki dari kasih Ilahi. Moga diri tidak terus sepi dari kasih-NYA.

Isnin, 13 Jun 2011

DUHAI HATI.....


Sabarlah wahai hati
Terkadang hati sukar untuk menerima
Segala apa yang telah tertulis
Hati selalu merajuk,menangis,membenci, dan mencaci
akan semua rasa pahit dirasa...
Duhai hatiku...
Janganlah kau begitu...sabarlah...
Berlajarlah untuk menerima
ketentuan Ilahi...

Wahai hati yang inginku jaga...
Umpamakan lah diri ini mentari
cahayanya menerangi alam
Tapi terkadang dilindungi awan
Umpamakan lah diri ini bintang yang berkerdipan
bergemerlapan indah
tapi terkadang keindahannya tidak dapat dilihat
kerna dilindungi awan
Umpamakan diri ini seperti suasana terang
tiba-tiba mendung dan hujan
kerna angin membawa awan hujan...

Duahai hati...
Patutkah kau salahkan awan?
Adakah kau salahkan angin juga??
ohh..jahatkah awan??
angin pun bersubahat sama?

Ohh hatiku...
Tidak...jangan kau salahkan awan dan angin
Mereka tidak salah..
Tapi yang salah adalah kau....
Ya...hati...kaulah yang jahat...
Kerna tidak pandai menilai dan meneliti
Hanya tahu marah,mempersoal,merungut dan menyalahkan orang lain...

Hati yang ku sayang...
Aku sangat bangga kerna kau digelar raja...
Seluruh jasad memerlukan kau...
Jadilah kau raja yang baik untuk sekalian rakyatmu...
Bila hati baik...jasad pun baik
Bila raja baik...rakyat pun baik

Wahai hati...
Aku sayang padmu...
Izinkanlah diriku untuk mendidikmu..
Aku ingin jadikan kau bahagia untuk selamanya...
Aku tidak mahu kau jadi sengsara, merosak seluruh jiwa...

Wahai hati...
Tunduklah pada Tuhan...
Adakan lah diseluruh ruang hatimu dengan nama Allah...
Selalulah merintih dan menangis di hadapan Tuhan,
Memohon kebahagian,hidayah dan kemanisan iman,
Ingatlah janji Tuhan, Yakinlah pada-Nya...
Pasti kita akan hidup bahagia bersama untuk selamanya hingga ke syurga...

Ahad, 15 Mei 2011

20 AMALAN MURAH REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah S.W.T. melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah S.W.T. memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

01.Menyempatkan diri beribadah

Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]

02.Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]

03.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:

"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." – [Riwayat at-Tirmizi]

04.Sentiasa ingat Allah S.W.T.

Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd: 28]

05.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya." – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

06.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." – [Riwayat Bukhari]

07.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya" – [Riwayat Muslim]

08.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

09.Banyakkan berbuat kebajikan

Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalinkan silaturrahim

Nabi S.A.W. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." – [Riwayat Bukhari]

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki." – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya." – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]

14.Melazimi solat malam (tahajjud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]

16.Bersyukur kepada Allah S.W.T.

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." – [Ibrahim: 7]

Firman-Nya lagi:

"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." – [Ali Imran: 145]

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.

Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya

Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.

Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya)." – [At-Talaq: 3]

Nabi S.A.W. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah S.W.T.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.

Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi "... jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." – [At-Talaq: 2-3]

Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa.

Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.

- Artikel iluvislam.com

Sumber Asal : Majalah ANIS

Sumber Grafik : Google Images