Mohamad Razif & Noor Hajar |
"Tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
Hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
Kurnia Illahi mempersatukan dua hati
Ku rasa yang kau rasa kerana hati bicara"
Terkenang di awal pertemuan kita dahulu, sungguh tidak disangka ikatan sebagai seorang rakan kini berubah menjadi kekasih. Kita kini masih lagi saling mengenali. Selama setahun ini, hati ini sangat senang bersamamu. Dirimu tidak jemu mengembirakan hatiku. Air mata kegembiraan sentiasa mengalir bila hati ini merindumu.Terima kasih abang... Pinta dan janjiku agar diriku menjadi sebahagian hidupmu...ku ingin selalu bahagia disampingmu dan ingin membahagiakan hidupmu. Dan kini, kita masih menunggu bilakah waktu kita bersatu. Penantianku penuh kesabaran. Titipan doa selaluku pohon, agar segala impian kita untuk hidup bersama akan tercapai dan moga Allah permudahkan segala urusan kita.
Alhamdulillah syukurku panjatkan atas kurniaan ini. Moga hubungan cinta, kasih dan sayang kita kekal hingga ke syurga... Amin ya Rab.... =')
Tiada ulasan:
Catat Ulasan