welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut

Khamis, 16 Disember 2010

SI DIA & KEKASIHNYA....



Cinta manusia hanyalah sementara. Manisnya hanya sekejap saja dirasa. Bila cinta itu semakin pudar,segala kenangan yg indah yg dibina bersama dulu terus dilupakan. Tiada lagi ketulusan hati yg perlu didambakan lagi,kerana semuanya membosankan diri. Kekasihnya tidak lagi seperti dulu. Saat mula bercinta dulu semuanya indah. Tapi bila lama-lama cinta dihati pun dah semakin tawar. Semuanya kerana si dia kini sudah membosankan. Asyik-asyik benda yg sama je diceritakan. Asyik-asyik mengadu tu la...ini la... Lepas tu nangis. Bila gembira je.. lupakan terus kekasihnya. Bila tersepit je baru nak cari semula kekasihnya itu. Memang bosan. Disebabkan tak nak menguriskan hatinya dengan kata-kata,lebih baik membisu. Tak payah nak cakap ape-ape. Itulah sebagai tanda bosan kekasihnya pada si dia. Dengan harapan si dia akan faham bahawa kekasihnya itu akan meninggalkannya. Kekasihnya itu langsung menyepi, tapi si dia ni tak juga faham-faham hint kekasihnya itu. Asyik mengharap agar kekasihnya itu menyatakan sesuatu kepadanya. Macam-macamlah si dia fikirkan, mungkin si dia ni ada buat salah pada kekasihnya itu...erm entah lah,aku pun buntu dgn org bisu ni...tak faham....

Tak pelah...nasihat aku pada si dia,jgn lah putus asa. Hidup perlu diteruskan. Aku faham si dia ni teramatlah mencintai kekasihnya itu. Aku faham perasaanmu itu. Berfikirlah secara positif tentang kekasihmu itu. Bila cinta itu hadir dalan jiwa, terimalah ia dgn seadaanya. Bersyukurlah kpd Allah krn kita dikurniakan sebahagian dari cinta-Nya. Tapi andai cinta itu pergi,dan kau ditinggalkan cinta itu,anggap lah itu sebgai ujian,juga sebagai nikmat. Mungkin Tuhan ada perancangan tersendiri buatmu. Mungkin Tuhan ingin menemukan kepadamu cinta yg sejati. Tahu tak siapalah yg bakal menggantikan kekasih hatimu itu??? Tentulah pemilik cinta yang hakiki,yang menguasai segala cinta di hati manusia. Tuhan ingin kamu merasakan bahawa tiada cinta yg sejati,tiada kekasih yg abadi melainkan DIAlah kekasih yg abdi yg memberikan padamu cinta yg sejati. Andai suatu hari nanti kamu diberi rasa cinta lagi pada insan...terimalah ia krn itulah kurniaan Ilahi. Andai benar hati ini milik Tuhan, juga hidup dan mati hanya untuk Tuhan, maka benarlah cinta dari insan itu juga adalah dari Tuhan.......

P/s: Si dia dalam crite tu adalah sahabat baikku...aku sangat2 simpati dgn dia....sebagai sahabat aku hanya menasihatinya. Moga dia membacanya...maaf jika kata-kata ku ini membuat kau terguris... I'm Sorry!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan