
- Jaga diri
- Jaga hati
- Jaga kesihatan
- Belajar rajin-rajin
- Ingat pesan mak ayah
- Jangan nakal-nakal
- Jangan gatai-gatai
- Jangan layan orang laki lain
- Jangan lupakan saya tau...
Dulu,Semalam,Hari Ini & Esok... Perjalanan Hidup Ini Masih Panjang. Pasti Akan Bertemu Pada Penghujungnya. Mungkinkah ada esok, untuk ku ukirkan kalimah, Menjadi arca pembuktian, Pengabdian cinta...

ULASAN BUKU
MUHAMMAD AZMAN HAMZAH
SECRETS OF THE DEATH SEA SCROLLS
(SINGAPURA: ZE MAJEED’S DISTRIBUTOR. 2001), halaman 117
oleh
Prof. Madya Dr. Badlihisham Mohd Nasir
JPDK, Universiti Kebangsaan
Sejarah tiga agama langit iaitu Yahudi, Nasrani dan Islam telah diterima sebagai suatu anutan yang berdasarkan kepada ketetapan kitab suci masing-masing. Keutuhananya adalah berdasarkan kekuatan dan kebenaran kitab suci yang diterima sebagai sakral serta tidak boleh dipertikaikan lagi. Namun, penemuan skrol di Laut Mati pada tahun 1947 oleh seorang Arab Badwi yang kehilangan kambing di gua Qumran berdekatan Laut Mati sebaliknya dipercayai memberi kesan yang sangat signifikan kepada ketiga-tiga agama berkenaan. Skrol tersebut bukan sahaja menjadi rebutan di kalangan ahli arkeologi dalam menilai sejarah
Dalam membincangkan tentang persoalan di atas, Bab kedua buku ini menghuraikan sejarah awal penemuan skrol oleh seorang Arab Badwi bernama Muhammad al-Dhib di gua
Volume pertama yang menerangkan tentang skrol berkenaan berjaya diterbitkan pada 1955 dan pada 1958 pula badan ini menyatakan bahawa hampir semua cebisan skrol itu telah dapat dikumpul, dikenalpasti dan dirakamkan gambarnya. Pada 1962, Father De Vaux ketua badan berkenaan menyatakan bahawa semua informasi mengenai skrol itu akan dapat diterbitkan pada pertengahan 1962. Namun di antara tahun 1955 dan 1990 hanya mampu menerbitkan lapan volum laporan yang hanya mengandungi 25 peratus daripada keseluruhan skrol yang tersimpan di muzeum itu. Keraguan mula timbul apabila laporan skrol yang ditemui di gua keempat sukar diberikan oleh badan berkenaan. Ahli-ahli akademik mula mengkritik badan ini dan menuduh ia
Bab Tiga membahagikan skrol berkenaan kepada dua kategori iaitu materi biblical dan materi sekretari. Sebanyak 170 bahan Bible yang dijumpai mengandungi setiap buku dalam Perjanjian Lama kecuali Book of Esther. Materi Sekretari pula terdiri daripada satu dozen skrol yang lengkap serta beberapa ratus pecahannya. Ia terdiri daripada berbagai bentuk penulisan seperti sajak, komentari bible, esei teologi, teks undang-undang, peraturan agama, manual tentera dan peta harta karun. Materi Sekretari memberikan informasi yang luas dan begitu signifikan kepada perbincangan yang dibawakan oleh penulis. Di antara dokumen kategori sekretari yang penting dibincangkan ialah Skrol Tembaga yang menunjukkan lokasi kedudukan harta karun. Skrol kedua adalah mengenai undang-undang komuniti dan panduan disiplin yang menerangkan hirarki autoriti serta peraturan bagi sebuah masyarakat seperti yang dikehendaki oleh Kitab Taurat. Skrol Perang pula menerangkan perihal taktik perang masyarakat dalam menghadapi musuh mereka yang dipanggil Kittim. Skrol Kuil yang dijumpai di gua sebelas dianggap suci dan dipercayai sebagai salah satu daripada enam buku di dalam Kitab Taurat yang hilang. Skrol Komentari Habakkuk telah menimbulkan kontroversi bila menggelarkan individu yang tidak mentaati ajaran Nabi Musa di dalam Taurat sebagai seorang ‘Penipu’ serta ‘Paderi Jahat’ kepada seorang yang telah membunuh ketua mereka iaitu ‘Guru Kebenaran’. Dokumen Damaskus juga dianggap penting kerana ia sama dengan satu dokumen lain yang telah ditemui di sebuah sinagog di Mesir kira-kira 50 tahun sebelumnya. Kedua-dua dokumen itu menceritakan perihal sebuah mazhab orang Yahudi yang menentang autoriti agama di
Pada dasarnya pengkaji bersepakat bahawa Skrol ini ditulis oleh penduduk Essenes di
Bab
James yang dinyatakan oleh Bible didapati bertepatan dengan perihal James yang dimaklumkan sebagai Guru Kebenaran dalam skrol ini. Bible memberitahu bahawa saudara Jesus iaitu James adalah ketua dari kalangan
Suatu lagi pendedahan yang mengemparkan ekoran dari penemuan skrol ini ialah mengenai kehilangan sebahagian daripada Kitab Taurat yang telah dijumpai semula. Kitab Taurat sebenarnya adalah kitab awal daripada
Bab ke tujuh dan kelapan buku
Kesimpulannya, buku ini telah berjaya menyampaikan mesej kebenaran Islam dalam konteks penemuan dan pendedahan skrol Laut Mati. Kesesatan agama Kristian hari itu berjaya dibuktikan melalui skrol yang menafikan peranan Paul sebagai orang yang membawa ajaran tulin Jesus berbanding golongan Essenes Qumran yang dikaitkan sebagai golongan Nasara oleh Islam. Walaupun buku ini tidak membincangkan kedudukan Jesus dari perspektif Yahudi secara detail, sikap orang Yahudi yang sering menolak ajaran sebenar Nabi mereka seperti yang diberitahu oleh al-Quran ia jelas terbukti benar melalui sikap pemimpin agama mereka yang sanggup bersekongkol dengan kaum Rom dalam memusnahkan Nabi mereka sendiri. Pembongkaran skrol mengenai sikap dan pendekatan kedua-dua golongan Yahudi dan Nasrani ini mungkin tidak lebih daripada apa yang telah dimaktubkan sebagai mereka yang sesat dan dimurkai oleh Allah di dalam Umm al-Kitab Surah al-Fatihah. Persoalannya apakah penyelidikan dari perspektif Islam telah diusahakan oleh umat Islam terhadap skrol ini.? Siapakah yang mampu dan berani bangkit membawa isu ini bagi memperkuatkan kebenaran Islam melalui pendakwah kontemporari dan tokoh perbandingan agama seperti Sheikh Ahmad Deedat akan terus menjadi cabaran besar dalam menangani fenomena kebangkitan Islam masa kini.
